Hmm.. duduk kat rumah bosan tak de buat apa. Jadi, saya nak kongsikan satu kisah ini yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Suatu hari, ada seorang wanita yang masih muda datang ke arah nabi. Dia meminta tolong kepada nabi sambil menangis. Nabi masih tak tahu mengapa dia menangis.
Lalu, wanita itu menceritakan tentang mimpi buruk dia pada suatu malam ini. Ketika itu, dia sedang melihat ibunya yang merana di dalam api neraka sambil memegang kain di tangan kiri dan keju di tangan kanan. Dia sedih melihat ibunya. Ibunya hanya dapat menepis api hanya dengan menggunakan kain yang kecil dan keju.
Kemudian, dia berada di syurga sedang melihat ayahnya yang hidup dengan penuh kebahagiaan dan penuh keselesaan. Dia menanyakan kepada ayahnya "mengapa ayah tidak membantu ibu? mengapa ayah? Kasihan ibu, ayah.".Sesiapa yang memasuki syurga tidak dapat membantu sesiapa meskipun isterinya sendiri kecuali kalau dia itu seorang yang telah menghafaz al-quran.
Setelah itu, wanita itu cuba untuk membantu ibunya. Dia menghulurkan tangan kepada ibunya. Lalu tangannya terkena sambaran kilat. Terus dia terjaga. Lalu, wanita itu melihat tangannya. Tangannya kelihatan terbakar. Seperti sambaran itu betul-betul terkena tangannya.
Setelah mendengar kisah itu. Nabi mendoakan kepada Allah untuk menghilangkan kesakitan ditangannya. Nabi menyuruh dia bersedekah atas nama ibunya supaya mengurangkan bebanan ibunya di api neraka.
Bagi pengetahuan anda semua, ibunya begitu kerana dia tidak suka bersedekah. Dia seorang yang sangat bakhil. Sedangkan dia taat kepada suami, taat kepada Allah. Dia memegang kain dan keju kerana hanya dua benda itu sajalah yang dia bersedekah. Hanya itu.
Ayahnya pula begitu kerana dia sangat pemurah. Selalu bersedekah.
Jadi, kepada semua pembaca-pembaca blog ini, harap korang semua bersedekah. Bersedekah ini juga penting untuk kita.
Wallahua'alam...


السلام عليكم ورحمةالله وبر گاته
BalasPadamبسم الله الرحمن الرحيم
Guna akal, ilmu ke arah kebaikan.
Sesungguhnya terdapat banyak keistimewaan manusia berbanding makhluk lain. Keistimewaan yang paling utama ialah pengiktirafan oleh Allah SWT bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian ciptaan-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin, ayat 4) Manusia dimuliakan oleh Allah SWT berbanding haiwan kerana selain nafsu, manusia juga dibekalkan dengan akal fikiran. Dengan akal, manusia dapat mengetahui tanggungjawab dan siapa penciptanya.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)” (Surah at-Tin, ayat 4)
Sayangnya ada manusia yang tidak menggunakan akal, sebaliknya mereka menuruti kehendak nafsunya. Nafsu yang tidak dikawal akan mendorong manusia melakukan dosa dan maksiat, malah mereka tidak dapat membezakan antara perbuatan betul dengan yang salah.
Ini menjadikan manusia tidak berbeza daripada binatang yang turut dikurniakan nafsu, tetapi tidak berakal.
Antara keistimewaan lain, manusia mampu memiliki ilmu dan tahap intelek yang tinggi. Ini diceritakan dalam al-Quran melalui firman-Nya: “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam daripada segala nama benda-benda dan gunanya. Kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 31) Melalui ilmu yang telah dianugerahkan Allah SWT, manusia berupaya mengenal Tuhannya dan mampu membuat penilaian serta renungan terhadap kejadian alam. Kerana ilmu juga manusia dimuliakan.
Ini terbukti apabila orang yang berilmu sering mendapat sanjungan sedangkan orang yang tidak berilmu dipandang hina di dunia dan akhirat. Cuma apa yang dituntut ke atas orang yang berilmu ialah menggunakan ilmu itu ke arah kebaikan. Jika sebaliknya maka orang yang berilmu akan mendapat celaan dan laknat daripada Allah SWT.
Akhir sekali manusia diberi kelebihan dengan berupaya memanfaatkan segala sumber alam yang diciptakan Allah. Di lautan, Allah menjadikan pelbagai jenis sumber kehidupan seperti ikan, barang perhiasan dan sebagainya.
Di perut bumi pula, Allah sediakan sumber galian untuk manusia seperti minyak, logam dan arang batu. Apa yang penting, semua kurniaan Allah ini diamanahkan kepada manusia untuk diurus dan ditadbir dengan baik dan bijak.
Oleh itu, manusia sewajarnya berhati-hati supaya tidak melampaui batas dan tidak tergolong ke dalam golongan yang membuat kerosakan di muka bumi ini.